chokora

kenapa 'chokora'? swahili word yang merujuk kpd org yang xde umah, tinggal kat tepi jalan, makan minum x tentu.(hanya di Kenya) jadi lebih kurang jadinya, kita nih hanyalah 'chokora' di dunia ini, mengharap belas kasih Ilahi. camtu la lebih kurang. moga2 Allah redha dengan setiap amalan kita, ameen 'radheena billahi rabba, wa bil Islaama deena, wa bi Muhammadin nabiyyan wa rasula'

Wednesday 16 February 2011

nasyed sedap

bismillah.

dah lama x dengar nasyed2 melayu. tapi semalam ada member bagi link lagu nih. mmg sedap. bukan nak cakap apa tapi sampai sekarang nazrey ngan asri rabbani jgk yg can go kalau bab2 nasyed melayu nih. tak terkalahkan. sallaeh brotherz sipi2.

dengar la nasyed nih sempena dengan maulid nabi saw.

saja nak kongsi lirik dia. nak denar g cari kat tenet. ok bye

Nazrey Johani - Wahai Kekasih

Wahai seorang kekasih,
Telah lama kau dirindui,
Pilu sedih dalam kerinduan,
Menangis pun tak berair mata,
Namunhati tetap gembira,
Syafaatmu menanti di sana.

Sungguh tabahnya hatimu,
Menanggung derita yang melanda,
Biarpun perit pedih tersiksa,
Kerana umat kautempuhi jua.

Wahai Rasul kaulah segalanya,
Contoh terbaik umat akhir zaman,
Akhlakmu tinggi kan kami jejaki,
Sifatmu sempurna pelengkap peribadi.

Wahai Rasul kami merindui,
Sinaran wajahmu mendamaikan jiwa,
Manis senyuman mu penawar hiba,
Di hati kami kaulah segalanya.

Wednesday 12 January 2011

best sembang dgn org tua


bismillah

tadi petang aku ada sembang2 sama seorang pak cik arab kat padang main bola. mula2 boleh sembang sbb dia pandai cakap bahasa melayu. asalnya dia nampak aku tengah gaduh sama seorang mamat arab. dia masuk campur damaikan.

lepas berkenalan serba sikit, kitorang pon jadi sembang2 lama plak. dia rupa2nya dah pernah ke malaysia. dok sana 5 tahun lebih. mengajar beberapa sekolah kat perlis ngan negeri mana ntah x ingat.

intipati yg menrarik yg aku nak kongsi kat sini, mmg best apa yg aku dapat daripada pak cik nih.

dia bgtau, semua bangsa kat dunia nih ada yg baik dan ada yg x baik. kelebihan dan kekurangan. dia bagi contoh bangsa arab dan bangsa melayu.

bangsa arab, nampak jer keras kepala, keras hati tapi sebenarnya mereka nih baik je. dia bg contoh, mamat yg baru gaduh ngan aku tadi, nampak macam penjahat tapi sebenarnya baik hati. (pakcik nih cakap dalam bahasa melayu, so mamat nih x paham, sengeh2 jer). suka tetamu, suka muliakan tetamu. bila2 masa boleh terima tetamu. dia kata kalau x percaya ko boleh try. (sambil tunjuk kat budak2 yg aku gaduh tadi, mamat tu sengeh jer). tapi diorang nih kasar. kurang sensitif. nak bergurau x reti. gurau biawak orang kelantan bilang.

skrg masuk bangsa melayu. selama dia duduk kat msia, dia kata dia dah kenal la sedikit sebnyak perangai diorang. apa yg dia nampak, bngsa melayu nih mmg beradab. sopan . dan beberapa sifat2 mulia lain. tapi kurang mesra dan sangat sensitif. HSP katanya. highly sensitive person. (dia even bgtau-suka simpan dalam hati). haha. x macam arab, gaduh mcam nak berbunuh, sdar2 minum kopi sekali lpas tuh. yg nih mmg aku akui, boleh tengok sendiri kat jordan nih. jugak, bangsa kita yg kurang terbuka, dan kurang friendly, baik sesama sendiri mahupon bangsa asing.

ala kulli haal, tu antara benda yg kitrg sembang. banyak la lagi nasihat2, skil2 kehidupan yg dia bgtau. pokok pangkal katanya, yg sangat aku setuju..

"jgn kamu kata satu bangsa ini lebih baik daripada bangsa itu. bangsa arab lebih baik daripada bangsa melayu ataupun sebaliknya. tetapi yg terbaik adalah yang mengambil Islam sebagai cara hidup mereka. sbb semua yg baik2 semua ada dalam ajaran Islam. ambil yg baik dan buang segala keburukan."

kesimpulan, memang best sembang ngan orang tua2 nih. teringat dulu2 selalu lepak2 ngan sembang2 ngan arwah datuk aku. selalu dapat belajar skil2 kehidupan. sangat berguna ye anak2.

bg aku, ada la beberapa perkara yg aku x berapa setuju 100% ngan pakcik nih, ttp dalam masa yg sama banyak jugak yg aku xleh nak sangkal kesahihanya. syukur Allah susun aku tersembang dengan pakcik nih. banyak yg aku belajar drpd dia.

p/s; time tanya nama pakcik arab tu, dia jawab, "Haji Muhammad" sambil tersengeh comel.

Thursday 16 December 2010

buah zaitun

bismillah.

satu minggu lepas balik mekah aritu, ada la sorang member arab segroup datang ziarah tanda menunaikan tanggungjawab sesama muslim. brother tuh nama dia ahmad faraseen, yang mana aku boleh kata budak arab yang paling baik, sopan santun dan x pernah kutuk orang yang aku penah kenal. oh dan juga satu2nya peminat barca yg x eksen, keh3


dari kiri; aku, muner, ahmad musa, ahmad faraseen dan basyir


nak jadi cerita, dah dia duduk ngan family dia, jadi sebagai tetamu yang berhemah dia pon bawak la sikit buah tangan, katanya daripada ibundanya. nak tau apa benda?

sekotak biskut arab, maamul (biskut/kueh arab yg biasa ada waktu perayaan) buatan tangan mak dia, dan benda nih...


hambek kamu sebotol dia besar dia bagi!


haa..ni adalah zaitun makboos, ataupon jeruk zaitun. mmg famous la di kalangan masyarakat kat jordan dan palestin nih.

boleh bayang x banyak mana dia bagi? dia bajet kitorang malaysia ni suka sama benda ini. haha. kira aku pon ada la bgtau member2 sapa2 yg nak boleh datang mintak. x perlu temuduga, tp xde respon sampai sekarang.

jadi aku ijtihad paksa makan setiap hari. dari dulu sebijik sehari, sekarang dah up sket kepada 4 bijik. hoho, inshallah 6 bulan lagi abis la kot. sapa2 nak try makan boleh la mintak ye.

btw, kalau sapa2 yang penah datang kat jordan nih pasti tau pasal jeruk zaitun nih. banyak jer buah zaitun nih dicampur dalam juadah2 harian diorang. pokok2 zaitun pon banyak sangat boleh jumpa kat sini.

pasal buah zaitun nih, teringatlah pulak beberapa kesah..

1- time kat malaysia dulu, arwah ayah aku pernah beli jeruk zaitun nih kat masjid subang. mak aih, ingat lagi first time makan , sebijik jer, sehari suntuk melekat rasanya!! tu yg jadi fobia sket, haha

2- kat jamiah/universiti kitorang banyak pokok2 zaitun jadi penghias jalan. satu hari tuh, ada la dengar satu cerita, wallahuaalam kebenarannya. ada sorang senior kitorang dia kelentong member aku yg naif g makan buah zaitun yang dipetik fresh tepi jalan, apo lagi menggelupurlah dia kepahitan! [dengar kata budak tuh jadi pintar lpas tu, haha]


nampak x pokok zaitun banyak2 belakang pokok pinang tuh?


papepon, menarek buah zaitun nih. nak tau khasiat dia, boleh cari sendiri kat wikileaks, hehe.

"Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun." [96:1]

k tu je. sekian, babai.

wallahuaalam

Sunday 5 December 2010

suatu hari bersama tuan guru

bismillah.

hari tarweeh, 8 zulhijjah 1431H

(baru abis solat zohor di perkarangan masjid al haraam..)

hilfi : mey..mey! mu napok dok dato seri taib mahmud tuh? hok paka jubah kuning tuh!
aku : konfem ke die?
hilfi : ho la, aku nih kan anak jati serawok! (padahal kecek kelate). mesti la kenal ketuo menteri negeri aku! jom la temey g tegor dio. jom la.
aku : malas la, nak beribadah nih (keh3)
hilfi : oh xpo eksen. xpo2, kalu tibo2 kito jupo Tuan Guru Nik Aziz aku xsey g jupo!!

(hilfi kelihatan gembira setelah berjumpa ketua menterinya. pastu rilek2 la sampai waktu asar. usai solat jenazah selepas solat asar, tiba2 hilfi datang dgn tergesa2..)

hilfi : mey mey! acu mu kelih alik kanan tuh. tuh bukan tok guru nik aziz ko?
aku : haah la. wowooo..
hilfi : jom la g tegor!!
aku : jom2.

kitorang (hilfi, hazim, aladin, munir dan aku) pon pegi la slow2 jumpa tok guru. segan gak nak g mula2 sbb takut ganggu tok guru dok berwirid. tapi lpas tnya (entourage) dia kot, kitorang tawakkal j la.

alhamdulillah, walaupon dalam tempoh lebih kurang 2 min je, kami sempat saling bertanya khabar. tok guru yg nampak agak keletihan mesra melayan kitorang. tanya kitorang dari mana, belajar ape, orang mana dsg..sampai la..

TGNA : tuh enta ko tuleh khat kat beg tuh? (sambil tunjuk kat beg aku, yg tertera tulisan nama aku dalam khat riq'ah)
ana (dah alim sket) : ye2 saya..(segan2 sbb x cun)
TGNA : belajar ko?
ana : hmm ado la time sekoloh dulu2..x reti mano pon.
TGNA : hmm molek. como..huruf 'dal' tu betol ko tuleh lagu tuh?
ana : hmm saloh sket. tuleh x betol..(bertambah segan, tau2 la pulak tok guru pasal khat nih, keh3)

adoi. terkantoi pulak dengan tok guru. menyesal x pernah g kelas khat time kat maahad dulu. hehe.

selesai sembang2, kami minta izin nak bergambar kenang2an sket.



hmm camtu la sdkt sebanyak. x sangka boleh jumpa tuan guru kat tanah haram. syukur sangat. mana x nye, dok kelantan dah dekat 8 tahun pernah sekali jer jumpa dekat2. tu pon di tengah2 18 juta org lain, haha.

kali ni dapat salam, sembang2 dan bergambar kenangan. mmg rasa teruja sangat dapat jumpa org2 alim dan soleh2 nih. dapat rasa 'haibah' dia. masyaAllah.

teringat aku dgn satu doa daripada nabi saw, yg diajarkan dalam satu kuliah tok guru dulu2. molek untuk diamalkan.

(yg bermaksud)

"Ya Allah jadikanlah aku kekasih di sisiMu, dan orang yang disegani di sisi manusia, (tetapi) dan hina di sisi diriku sendiri!"

sekian. wallahuaalam

Tuesday 2 November 2010

di mana nilai kita di sisi Allah?

bismillah

dalam 2 ari nih aku melalui 2 peristiwa yg berbeza tapi saling berkaitan. kedua2 benda nih buat aku terfikir 2 saat.

kisah 1
aku g subermarket ***** semalam. saje g cari brg2 yg mgkn akan dibeli, yakni xde perancangan. berteman member berbual aimey jo.

salah satu brg yg aku beli ialah sekotak nescafe 3 in 1 dgn tawaran khas dapat free 4 sachet lebih. bagus untuk segarkan diri sebelum pegi dawam. aimey pon join beli sama sekotak.

time bayar sekali dia x bagi pon yg tang percuma tuh.

[bhs slps translate jadi agak bombastik, hrp maklum]

aku : oit bru, jgn buat lawak la. kate ada percuma 4 lebih? ni pecer?
brader suber : ilek la. tu syarikat nescafe punya tawaran, bukan ktrg. mane ade. xde2.
aku : jumjumah kamu. ko ingat aku budak tadika nak tipu2? x kira nak jgk.
brader suber : oo silap2, tu tawaran lama tapi dah tamat tempoh.[sambil sengeh2 sinis]
aku : dah tau dah tamat tempoh pahal ko x cabut jer iklan tuh? nih kira tipu la, mana boleh. haram ko tau?
brader suber : ek eleh, bende simpel je nih. awat emos nih?
aku : aah, x kesah la. simpel kat ko, aku rasa x. ko patut cabut iklan tu.

brader suber sambung sengeh sinis. sakit hati aku. naseb baik ade org lain nak bayar. aku pon terus beredar sambil tenung2 nak bagi dia insaf. tapi nampak x berkesan.

aku bukan ape, cuma sakit hati sangat dengan perangai org yg salah tapi xnak ngaku, pastu pusing2 pastu bangga dengan perbuatan dia tu.

kisah 2
abis solat aku singgah subermarket paradise. pendek cite aku pon beli satu biskot kegemaran. biasa JOD 1.150, tp arini tibe2 jadi JOD 1. teragak2 aku pon cek la tarikh luput sama tag harga biskot jenis sama yg lain. hmm mmg betol. aku pon ambik la dgn hati yg girang.

time bayar, aku berlagak rilek la bayar JOD 1 pastu terus beredar.

brader kaunter : bru, salah bayar nih. harga JOD 1.10 nih, ko bayar x cukup.[sambil tunjuk kat skrin]
aku : aik, bukan JOD 1 ke? jgn buat lawak. tengok nih.[sambil tunjuk tnda harga kat dia]
brader kaunter : oo, maknanya bbudak penampal harga punya keje la nih. selalu salah. aiy, nak kene nyepp diorang nih.
aku : aiyooo. no hal la, sbb biskot nih sedap pastu tambah ko plak hensem dan beradab aku tambah duit nih...[cari2 dalam wallet duit]
brader kaunter : segan la saya camnih bru. hehe. camni la, kalau ko xder duit kira no hal la. salah kitorang gak nih.
aku : ade2, amek nih. pastu jgn lupa betolkan balik tanda harga tuh. ok chao.

sejuk rasa hati aku ada org camnih. berbeza terus dari yg atas tadi.

jadi, ape persamaan dan perbezaan diorang berdua nih? kedua2 pekerja subermarket.
tapi perbezaannya? pikir2 la sendiri.

begitu la jugak dgn diri kita. x kira la siapa diri kaita. jgn rasa hina kalau kita x ada apa yg org ada. sama la, jgn menghina org kalau dia x ada apa yg kita ada.

sebab, akhirnya kita sbnrnya sama di sisi DIA, tuhan yg Maha Esa. selebihnya terserah kepada kita pilih nak jadi macam mana.

"bukan semua orang boleh jadi cantik pada pandangan manusia, tapi semua orang boleh jadi cantik pada pandangan Allah."

sekian. bai bai

Wednesday 13 October 2010

ana x puas hati

bismillah.

setahun lalu, 2-3 hari lpas raya aku sesaja g jalan2 kat kb mall tengok2 barang. mmg skill aku g tengok2 brg lpas raya. x serabut ngan org. xde pekerjaan, aku g tengok2 brgn nike yg longgok2. nak beli yg sangkut x berbaloi pulak rasanya. semua harga x masok akal.

jadi tgk2 la bhgn t-shirt2. mane tau ada rezki. sekali ternampak satu baju yg..hmm..

baju t-shirt kaler biru, collar kuning sket, ade number 9 kat blakang. skali kat depan..perghh..muka ronaldo design shadow. mmg cun x ingat. tengok papan tanda..50% off!! sket lagi nak nanges.

belek2 harga.

RM160!! biar betik. separuh harga off jadi RM80. mahal tuh. aduss. 2 min terpaku. abg aku pon buat muka macam xde perasaan.

"ehem, berbaloi ke baju t-shirt RM80?" abg aku sinis.
"tu la, aku mikir jgk nih..ok x?"
"xtau la aku, ikut mu la, duit mu.."

pikir punya pikir last skali aku tawakkal la x amik baju tuh. mahal sangat la rasa. teringat j setiap saat. jeling2 je time nak balik tuh. abg aku pon agak bedebah, time dalam keta dia sengaja nak sakitkan hati aku.

"t-shirt ronaldo tuh, payah nak dapat lonih. kalu aku la.." sambil tersenyum keji. dia mmg cekap bab2 berlaku keji.

setahun berlalu..kat jordan pon kdg2 terpikir awat aku x amik j baju tuh. ishh.

jadi tahun nih aku balik msia mmg azam nak cari baju ronaldo. abis satu kelantan aku cari.

supermarket, rantau panjang, butik2 al-ikhsan. butik2 nike semua x de.

yg tambah panas ati, satu butik nike kat tepi masjid muhammadi. aku masok2 tanye la tauke kedai.

"pok cik, ehem. nak tnyo ado x baju ko jersey ko yg design ronaldo brazil?"
"keh3. mano ado doh dek. ore lonih cari bare2 ronaldo cristiano blako. x jupo doh bare ronaldo tuh. tuo doh!" jawab pak cik tuh terkekeh2.
"ape brg cristiano? bajet muda ape pak cik nih minat cristiano?" monolog aku. nak j aku jerit kat muka dia. keh3

kurang asam jawa. aku mmg panas pedih ari tuh. berani pak cik tuh buat lawak biawak ngan aku. x tau ker aku nih fanatik ronaldo? naseb baik aku tahu adab2 seorang yg lebih muda terhadap yg tua.

haha maka berbaki seminggu kat malaysia nih, aku akan terus berusaha mcari baju ronaldo. minta2 dapat. nak cari kat bundle irbid, hiq xde. brg2 rare nih org yg rare jer boleh jumpa.

sape2 ade tahu nak cari mane baju ronaldo nih? xkan nak balik brazil kot?

Friday 1 October 2010

raya duit

bismillah.

kisah hari raya sket. aku mmg x bleh tahan la aritu, dengan ragam budak2 skrg beraya.

kesah 1. ada la sorang budak nih datang ngan family dia beraya umah nenek aku. pendek cerita masa nak balik tuh, nenek aku terjeling kat budak nih. dia tengah main mata sama ayah dia sambil membuat isyarat 'duit' ngan tangan dia. muka berkerut2. oh, baru nenek aku teringat nak bagi duit raya. tp yg xleh bla tu, ayah dia pon sama naik.
"kenapa bgtau ayah? bgtau la nenek tuh!".
aiy..kalau anak aku la buat camtuh, aku bagi karate aja.

kesah 2. sefamily dtg beraya lagi. kali nih ada 2 beradek. selsai semua, nenek aku pon bagi la duit raya sorg satu. diorg pon masok la kereta nak balik dgn wajah yg berseri2.
tapi x semena2, 2 second setengah lpas tuh, yg kecik dari dua beradek nih, tetiba keluar dari kereta pastu naik balik umah. pegi kat nenek aku.
"mak cik, kenapa saya dapat rm2, tapi abg dapat rm3. di mana keadilan?"
"hehe..ye la dah kamu tu kecik. abg kamu dapat lebih la." sambil tersengeh nenek jawab.
aiy sekali lagi, nak j aku sharpshooter budak2 nih di pagi raya.

kesah 3. aku g beraya umah sanak saudara. mmg ramai saudara mara. dah x tercam dah yg kecik2 nih.
tapi yg nak bercerita nih, aku ttiba terpaku melihat 1 senario.
ada la 5-6 org budak2 sepupu/anak sepupu/yg kecik2 area2 4-6 taun dok berkerumun satu sudut. sekali jengok..mak ai! tengah dok khusyuk main i-pad!
"biar betik bru. jgn la maju sangat. tertekan la camnih. aku umor korang nak dapat brick game pon dalam mimpi jer." aku mendengus.
"ooh. tu saya beli i-pad tuh bagi anak2 saya main. mudah sket diorang." sayup2 abah mereka menerangkan.

kesah 4. x lupa adek bongsu aku. abdulbarr. setiap saat dok mengira duit. mata bersinar2 tengok duit. aku tengok banyak jugak la duit dia dapat. sengeh melebar sampai telinga.
yg aku nak marah tuh, x reti nak bersyukur. mmg betol la org kata, kita x kan rasa cukup dgn harta nih. hahaha
time raya ni, setiap kali sesapa nak mitak tolong dia, mesti dia nak charge. nak komisen.
abg aku, kakak aku, adek2 aku semua layan. tu yg makin naik lemak tuh.
tapi sampai giliran aku atau mak aku, sori.
x berani dia nak mintak2, nak jugak, aku bagi bende lain.
"hambek!" aku karate. hahaha

sekian dulu. kesah2 ini adalah unutk teladan semua. bye2


walaupon tau dah agak terlambat, x kira. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN.